December 13, 2010

BAGAIMANA JALINNYA UKHUWAH




  Sudah menjadi sunnatullah bahawa dalam melayari kehidupan duniawi yang sementara ini kita MEMERLUKAN mereka yang kita panggil kawan,teman dan SAHABAT lebih-lebih lagi memerlukan sahabat sejati.Beruntunglah seseorang itu yang mempunyai ramai sahabat sejati.

Sekiranya kita telah memilik sahabat sejati,maka bersyukurlah kepada Allah Taala.SAHABAT SEJATIi ialah seorang yang CERDIK,BERILMU dan MUTADAYYIN(beragama lagi berakhlak mulia).Peliharalah tali persahabatan dan ukhwah itu sebaiknya.Justeru,selain menuntut kita agar mencari sahabat,kawan teman dalam kehidupan,Islam juga menyuruh kita supaya sentiasa berbuat baik dan menjaga hak serta adab dalam persahabatan.

Inilah cara kita memelihara satu hubungan yang mulia kerana Allah Taala.Untuk itu,nilailah persahabatan kita selama ini.Adakah jujur atau sarat dengan kepentingan diri? Apakah diredhai Allah atau sebaliknya ?

TIGA TAHAP PERSAHABATAN :-

1)PERSAHABATAN KERANA ALLAH

Inilah sebaik-baik persahabatan.Persahabatan yang berlandaskan niat kerana Allah s.w.t semata-mata.Betapa mulia dan agungnya persahabatan ini di sisi Allah s.w.t. Akan tetapi,persahabatan kategori ini jugalah "SEMAKIN PUPUS",semakin lenyap dari muka bumi ini kerana suburnya sifat materialistik,sifat keakuan dan nafsu-nafsi yang menguasai diri manusia.Sesungguhnya persahabatan yang diikat dan dijalin kerana Allah itu sentiasa di dalam kebaikan dan pahala yang besar.

Ciri-ciri persahabatan kerana Allah itu adalah :

- Seseorang yang memilih untuk bersahabat,mengasihi dan membiasakan diri dengan temannya kerana dilihat temannya itu sangat taat dan cinta kepada Allah Taala.
- Seseorang yang memilih untuk bersahabat dan mengasihi temannya kerana temannya itu banyak membantunya dalam selok-belok agama dan sentiasa menasihatinya untuk sentiasa taat setia kepada Allah Taala.
-Seseorang yang memilih untuk bersahabat dengan temannya,mengasihinya kerana temannya itu membantu urusan keduniaannya yang lantaran itu terurus dan tersusun jugalah urusan akhiratnya.

2)PERSAHABATAN TABII

Persahabatan yang TIDAK ada hubungan dengan persahabatan KERANA ALLAH.Ia persahabatan biasa kerana urusan keduniaan.mereka boleh mengasihi satu sama lain kerana mereka saling perlu memerlukan untuk kelancaran urusan DUNIAWI mereka SEMATA-MATA.

Ertinya tiada niatkan kerana Allah Taala.Sesuatu amalan yang tidak diniatkan kerana Allah hanya akan menjadi adat sahaja dan tidak berpahala pula.Apa pun,persahabatan ini haraplah dapat ditingkatkan kepada persahabatan tahap pertama tadi.

3)PERSAHABATAN TERCELA

Inilah persahabtan yang tidak sepatutnya berlaku di kalangan kita.Bukan sahaja tidak berpahala malah berdosa pula.Yakni ia bersahabat dan mengasihi seseorang kawan kerana kawannya itu setia MEMBANTUNYA MELAKUKAN KEZALIMAN dan MAKSIAT kepada Allah Taala.Mereka sama-sama bersahabat tetapi sahabat yang mnganjur berbuat kemungkaran serta kefasikan.Sebenarnya dalam keadaan ini mereka turut bersahabat dengan syaitan laknatullah.

Seperkara harus diingat,walaupun mereka nampak intim dan serasi dalam persahabatan yang penuh mungkar dan keji itu,di AKHIRAT nanti MEREKA AKAN SALING BERMUSUHAN,bercakaran dan salah-menyalahi antara satu sama lain.

"SIA-SIA AKU BERKAWAN DENGAN ENGKAU!!!!.",
"celaka hidup aku kerana bersahabat dengan kamu.","Kerana berkawan dengan kamu,aku dihumban ke neraka ini!".

Allah gambarkan suasana itu dalam firman-Nya :
"....dan sahabat-sahabat(karib di dunia dahulu) pada hari itu(hari akhirat) saling bermusuhan antara satu samalain melainkan orang-orang yang bertaqwa." (Az-Zukhruf: 67)

Oleh itu,siapakah teman,kawan dan sahabat kita hingga ke saat ini yang termasuk dalam kategori persahabatan kerana Allah,persahabatan tabii ataupun persahabatan yang tercela?Renungkan sebuah hadith nabi s.a.w. yang bermaksud,"Seseorang itu di atas agama kawannya".

Wallahua'lam.
TANGGUNGJAWAB SI LELAKI

1. Lelaki bujang kena TANGGUNG DOSA SENDIRIi apabila SUDAH BALIGH manakala dosa gadis bujang ditanggung oleh bapanya.

2. Lelaki berkahwin kena tanggung dosa sendiri, DOSA ISTERI, dosa ANAK PEREMPUAN yang BELUM BERKAHWIN dan DOSA ANAK LELAKI yang BELUM BALIGH. BERATKAN!!

3. Hukum menjelaskan anak lelaki kena BERTANGGUNGJAWAB KE ATAS IBUNYA dan sekiranya dia tidak menjalankan tanggungjawabnya maka dosa baginya terutama anak lelaki yang tua, manakala perempuan tidak, perempuan hanya perlu taat kepada suaminya. Isteri berbuat baik pahala dapat kepadanya kalau buat tak baik dosanya ditanggung oleh suaminya. 

4. Suami kena bagi NAFKAH pada isteri, ini wajib tapi isteri tidak. Walaupun begitu isteri boleh membantu. HARAM bagi suami bertanya pendapatan isteri lebih-lebih lagi menggunakan pendapatan isteri tanpa izin ini. Banyak lagi lelaki lebih-lebih lagi yang bergelar suami perlu tanggung.Kalau nak dibayangkan beratnya dosa-dosa yang ditanggungnya seperti gunung dengan semut. 

DIAKHIRAT KELAK ,SEORANG LELAKI DIPERTANGGUNGJAWABKAN TERHADAP 4 WANITA INI :

1)isterinya,
2)ibunya,
3)anak perempuannya
4)saudara perempuannya

Manakala seorang wanita pula, tanggungjawab terhadapnya DITANGGUNG oleh 4 orang lelaki ini :

1)suaminya
2)ayahnya
3)anak lelakinya
4)saudara lelakinya

~~~ SALAM INGATAN ^^ ~~~~~~

November 22, 2010

 kehebatan kuasa wanita
        



KEHEBATAN perempuan dalam pujuk rayu tidak dapat disangkal lagi.Tidak ada perempuan yang tidak mahir dalam seni ini. Kaum lelaki boleh dipujuk dan dirayu untuk melakukan apa sahaja mengikut kehendaknya.
Beberapa contoh keruntuhan empayar yang dibina oleh lelaki disebabkan daya pujukan
1. Napoleon Bonarparte dan Josephine.
2.Anthony dan Cleopatra
3.Hitler dan Matahari
4.Samson dan Delila
5.Abu Lahab dan Hendon
Beberapa contoh wanita yang menjadi kekuatan kepada kepimpinan seorang lelaki sehingga berjaya mengatasi segala ujian dan cabaran tanpa melemahkan semangat juang mereka dalam menegakkan kebenaran dan kekuatan agama :
  • Nabi Muhammad saw dan Siti Khadijah serta isteri-isteri baginda yang lain. 2.Nabi Ayub dan Siti Rahman. 3.Nabi Ibrahim dan Siti Sarah serta Siti Hajar. 4.dan banyak contoh lagi orang-orang muslim yang lain.

KUASA KEJELITAAN PEREMPUAN
Hal ini diketahui oleh semua orang. Kejelitaan perempuan boleh menumbangkan ramai lelaki hingga banyak yang terarah melakukan perkara-perkara yang tidak wajar. Sebaliknya kuasa jelita yang ada pada kaum muslimah boleh menimbulkan kecintaan yang tinggi terhadap Allah di mana seorang isteri boleh mempengaruhi suami dalam hal-hal yang diredhai Allah.
KUASA LAYANAN PEREMPUAN
Kaum lelaki mudah goyah dan alah dengan layanan yang baik, apa lagi dari perempuan yang sangat dikasihi seperti isteri dan ibu. Layanan baik yang disalurkan kepada orang yang berhak menerimanya, bukan sahaja mendatangkan keredhaan Allah tetapi memungkinkan apa yang diminta akan dipenuhi dengan mudah.
KUASA DOA PEREMPUAN
Doa perempuan lebih makbul dari lelaki kerana sifat penyayangnya lebih kuat dari lelaki. Sebagaimana hadis Rasulullah saw: “Doa ibu itu lebih cepat makbul.” Orang bertanya:”Kenapa ya Rasulllah ?” Jawab baginda :”lbu lebih penyayang dari bapa dan doa dari orang yang penyayang tidak akan sia-sia.”
KUASA TAQWA PEREMPUAN
  • Ketaqwaan adalah kuasa paling sempurna dan terbaik dalam menangani apa jua masalah. Orang yang paling bertaqwa adalah orang yang paling dikasihi Allah. Allah tidak akan membiarkan orang yang dikasihi Nya melainkan dipelihara serta sentiasa dirahmati Nya      
  • Kuasa taqwa lebih mudah diperolehi oleh perempuan berbanding lelaki kerana kehalusan budi yang ada pada perempuan adalah merupakan penjara daripada melakukan hal-hal yang mendatangkan dosa. Berbanding lelaki yang sebahagian hidupnya berada di luar rumah serta terdedah kepada pelbagai godaan, cubaan dan ujian.
  • Kekuasaan taqwa ini pula oleh kemuliaan yang diberikan oleh Allah SWT sehingga setiap lelaki pasti memerlukan perempuan untuk menghirupkan udara ini atau dalam perkataan lain setiap lelaki pasti dilahirkan oleh perempuan kecuali Nabi Adam a.s. Sekuat-kuat lelaki, kuat lagi perempuan kerana lelaki itu sendirinya datang dari perut perempuan yang menghamilkannya dan melahirkannya ke dunia, kemudian melatih, mendidik, memelihara dari kecil hingga dewasa.
  • Kemuliaan perempuan akan lebih nyata, jika ditambah dengan ketaatan kepada kaum lelaki yang berhak atasnya sebagaimana maksud hadis Rasulullah SAW:

“Perempuan yang taat kepada suaminya, semua burung di udara, ikan di air, malaikat di langit, matahari dan bulan : semuanya beristighfar baginya (isteri) selagi mana ia masih taat kepada suaminya dan diredhainya (serta menjaga solat dan puasanya).”?


memory terindah bersama atudisma batch33

Persahabatan itu merupakan kenangan manis buat kita yang mengenal erti sahabat sejati..
Sahabat yang merupakan cermin kepada diri kita..
Sahabat yang ada di waktu senang dan susah..
Sahabat yang selalu menegur kita sekiranya kita lalai..
Sahabat yang sering mengingatkan kita erti persahabat..
dan sahabat juga yang menyayangi kita serta menolong kita di akhirat kelak..
manisnya bersahabat jika mereka ada dengan kita..
dan pahitnya sahabat jika mereka tinggalkan kita..
itulah sahabat bagaikan pelangi yang mewarni kehidupan kita..

sekiranya kalian tahu
siapakah dikalangan insan yang akan menjadi musuhku atau sahabatku..
akan kita cari sahabat itu..
dan akan kita jauhkan diri dari musuh..
kerana jika musuh bertemu diri kita ..
tentulah akan datang mudharat terhadap diri kita..
dan jika sahabat bertemu dengan kita semula..
nescaya teman sejati disampingku.
Allah mengetahui fitrah manusia dimuka bumi ini..
telah menciptakan insan tanpa mengetahui siapa sahabat dan siapa musuh..
dengan itu haruslah kita bersabar dan bersedia menempuhi dugaan ini..
agar setiap insan yang bakal bertemu kita akan menjadi sahabat kita..
dan bagi AKU ..aku tidak mengharap antara sahabatku akan menjadi musuhku..
wallahualam..

bak kata pepatah:
musuh amat mudah dicari,tetapi sahabat amat sukar





                    
              batch33 2009
kenangan team terbaik bola


ya ALLAH...enkau temukanlah kami semua kembali sekiranya kami berpisah dikemudian hari...walaupun sekiranya sudah tiada takdir untuk berjumpa kembali..sudah pasti kita semua akan bertemu di syurga firdausi bersama..inshAllah..
Akhir tahun form 3..bnyk kenangan kita bersama ..
tradisi kita perjuangkan..macam2 kenangan pahit manis dan duka kita lalui bersama..FLY,kene marah,..n macam2 bnda baru kita belajar bersama..itulah namenyer pengalaman di asrama..tp cukoplah dan hentikanlah semua 2...bukan ke kita sudah nikmati kepuasan itu bersama...berubahlah..amin..semoge kite bertemu kembali andai kita berpisah dikemudian hari..



yeah school!!
  friends forever=)..inshallah